
KOTA SAMARAHAN: Pasukan Evolution FT akan menggalas cabaran Bahagian Samarahan pada Liga Sukan Malaysia (LSM) Peringkat Negeri Sarawak 2022 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup UNIMAS, Kota Samarahan pada bulan Julai nanti.
Ia berikutan kejayaan skuad kendalian Ahmad Adziemy Bohan merangkul gelaran juara LSM Peringkat Bahagian Samarahan sekali gus layak secara automatik berentap dalam saingan yang akan menghimpunkan juara dari bahagian seluruh negeri ini.
Menumpaskan pasukan A81 dengan jaringan (2-0) pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Samarahan hujung minggu lalu.
Evolution FT yang diperkuatkan beberapa bekas pemain yang pernah menyarung jersi pasukan Sarawak telah diberi tentangan hebat sepanjang saingan penentu tempoh hari.
“Gembira dengan kejayaan merangkul gelaran juara hujung minggu lalu.
“Pemain telah memberi komitmen begitu tinggi sekali pada perlawanan tempoh hari. Apa yang membanggakan sekali, kami (Evolutin FT) akan membawa cabaran untuk Bahagian Samarahan di peringkat negeri nanti,” ujar Adziemy kepada Arena Suara Sarawak.
Sambil berharap para pemain akan dapat mengekal momentum terbaik pada singan yang dijangka lebih berprestij selepas ini.
Lantas, mengulangi prestasi hebat sebagaiana diperagakan mereka pada.saingan hujung minggu lepas.
Terdahulu, beliau turut mengucap terima kasih kepada semua pemainnya kerana berjaya melaksana tanggungjawab dengan begitu baik sekali.



