MUKAH: Kempen Liga Setia Raja MUFA 2026 (LSRM 2026) akan disingkap tiranya 21 November ini. Sekali gus, menyaksikan pertembungan sengit 12 pasukan untuk memburu gelaran juara.
Pengerusi LSRM 2026, Abdul Rahman Saibi memberitahu, pasukan terlibat mewakili pelbagai kelab handalan sekitar Mukah selain kelab dari Bintulu dan Miri.
Menurut Abdul Rahman, kesemua pasukan terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan.

INI DIA… Senarai pasukan terlibat.
Kumpulan A menghimpunkan juara tiga kali iaitu Squad Rhinos. Selain, pasukan Jepak, Kakwok FC dan Auslander FC.
Empat pasukan Kumpulan B ialah TNG Legacy FC, Sesuka FT, Press Metal Sarawak dan Annur 95 2.0.
Manakala, pasukan Kolekxmedic, KV Miri FC, Leetonia JR dan HG77 diundi berada dalam Kumpulan C.
“Sesi undian berlangsung baru-baru ini dan sudah pun diketahui kumpulan masing-masing,” ujar Abdul Rahman kepada Arena Suara Sarawak.
Katanya, dua pasukan iaitu Squad Rhinos dan Jepak akan turun ke gelanggang untuk perlawanan pembukaan itu kelak.
“Aksi buka tirai membabitkan dua kelab dari Bintulu, Squad Rhinos dan Jepak akan berlangsung di Stadium Mukah pukul 3 petang,” tambah Abdul Rahman.
Beliau menjelaskan, saingan LSRM 2026 menyaksikan hadiah wang tunai RM33,000 keseluruhan menanti tiga kelompok pasukan terbaik.
Katanya, pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM15,000 beserta piala pusingan, piala iringan dan pingat.
Naib juara akan menerima wang tunai RM8,000 selain piala dan pingat.
Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama
LSRM 2026 dianjurkan oleh MUFA dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Mukah.



