SURABAYA: Kejadian ini berlaku 2018.
Awal pagi itu, Desy menjerit berpura-pura histeria, mengetahui suaminya bunuh diri.
Laungan itu mengundang penduduk ke rumahnya lalu melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis yang datang, mensyaki ada yang tidak kena dengan kejadian tersebut.
Selepas disoal siasat, Desy, 26, akhirnya mengaku membunuh Fendik, yang kemudian menggantungnya supaya kelihatan seperti bunuh diri.
Detikcom melaporkan, kedua-dua pasangan itu bertengkar ketika dua anak mereka tidur di bilik.
Menyedari melakukan kesilapan, Fendik mendiamkan diri dan berhenti bertengkar dengan isterinya lalu duduk di ruang tamu.
Akhirnya Desy ke dapur lalu mengambil tukul besar dan memukul kepala suaminya yang sedang duduk.
Fendik mengerang kesakitan lalu dipukul kali kedua sehingga rebah.
Setelah Fendik mati, Desy kemudian mencari seutas tali dan mengikatnya pada leher Fendik, lalu mengikatnya pada salah satu tiang rumah.
Menurut media portal itu, polis mendedahkan penemuan kes bunuh diri itu hanya rekaan Desy dan dia dipenjara sembilan tahun.
Pembunuhan dilakukan pada Jumaat, 23 Mac 2018. Ketika itu, Fendik, 27, yang baru pulang dari kerja sebagai penjual tauhu, disambut penuh kemarahan Desy setelah mendapat tahu, Fendik curang dengan wanita lain.



