ARTIKEL

Lubok Antu banyak sekolah daif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lubok Antu antara kawasan yang mempunyai banyak sekolah daif dan usang, wajar diberi perhatian drastik oleh kerajaan untuk dinaik taraf, kata Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang.

Beliau berkata antara sekolah yang dikenalpasti ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Menyebat, SK Nanga Kesit, SK Nanga Menjuau dan SK Nanga Tibu, SK Uyau, SK Basi dan SK Entalau.

Menurutnya keadaan kebanyakan sekolah rendah itu amat menyedihkan dan sukar untuk digambarkan, atap kelas bocor dan dinding reput menunggu masa untuk runtuh.

Malah katanya sekolah-sekolah berkenaan masih lagi menggunakan generator sebagai bekalan elektrik utama.
“Saya berasa amat sedih melihat keadaan sekolah yang sangat daif wujud di pinggir bandar.

“Keadaan sekolah ini sama seperti 40 tahun dahulu tanpa ada perubahan.

“Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu komited memastikan sekolah daif di kawasan Lubok Antu diselesaikan dengan secepat mungkin,” katanya dalam ucapan perbahasan Titah Diraja di Parlimen, hari ini.

Jugah menambah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engkilili juga amat daif dan usang dengan infrastrukturnya jauh ketinggalan berbanding sekolah menengah lain.

Katanya keadaan sekolah itu disaksikan sendiri pegawai Kementerian Pendidikan, yang membuat lawatan pada 20 Februari lalu susulan daripada aduannya mengenai kedaifan dan keusangan SMK Engkilili.

“Keperluan satu blok 13 unit kelas amat terdesak memandangkan sekarang mereka ditempatkan di bawah kuarter guru. Satu unit blok pentadbiran guru juga perlu ditambah dengan segera.

“Saya menggesa Kementerian Pendidikan supaya menaik taraf SMK Engkilili segera,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan