ARTIKEL

Lubok Antu, Telang Usan kembali hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Lubok Antu dan Telang Usang bertukar status daripada kuning kepada hijau hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ia apabila kedua-dua daerah ini tidak merekodkan kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Ini menjadikan 10 daerah berstatus hijau di Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Manakala, katanya Daerah Samarahan dan Subis kembali berstatus kuning daripada jingga apabila masing-masing hanya merekodkan 17 dan 18 kes jangkitan tempatan dalam tempoh yang sama.

Sementara, sembilan daerah lain kekal berstatus merah iaitu Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu, dengan kes jangkitan tempatan sebanyak 1,927 kes dalam tempoh 14 hari lalu.

Daerah Kuching, Selangau, Sri Aman, Matu dan Bau turut kekal berstatus jingga dengan 125 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

Manakala Daerah Betong, Saratok, Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau dan Simunjan kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 112 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh yang sama.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha