ARTIKEL

Screenshot

Luna Maya sambut ulang tahun ke-42

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON dan model tersohor Indonesia, Luna Maya, baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 dalam suasana penuh istimewa.

Sambutan kali ini bukan sekadar diserikan dengan kejutan romantis, malah lebih bermakna kerana diraikan buat pertama kali dengan status sebagai isteri kepada pelakon terkenal, Maxime Bouttier.

Maxime menghadiahkan Luna Maya percutian bulan madu selama sebulan di Eropah.

Selain itu, beliau turut memberikan sebuah jam tangan mewah yang telah sekian lama diingini oleh isterinya.

“Banyak hadiah yang saya terima.

Salah satunya ialah bulan madu selama sebulan di Eropah,” ujar Luna Maya ketika ditemui di kawasan Cipete, Jakarta Selatan, pada Sabtu lalu.

Beliau menambah, jam tangan tersebut merupakan hadiah istimewa yang diminta secara terus daripada suaminya.

“Saya memang menggemari jam tangan.

Saya nyatakan hasrat untuk memilikinya, dan akhirnya dia bersetuju,” katanya sambil tersenyum.

Menurut Luna, ulang tahun kali ini terasa amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Tahun lalu ulang tahun masih sebagai pasangan kekasih, manakala tahun ini diraikan sebagai suami isteri.

Sudah tentu pengalamannya berbeza,” jelasnya.

Percutian bulan madu tersebut turut menjadi kenangan indah yang akan sentiasa mereka ingati.

Bagi Maxime, pengembaraan di Eropah itu merupakan pengalaman yang penuh variasi dan tidak ternilai.

Maxime turut memuji isterinya yang dianggap tetap menawan meskipun usia semakin bertambah. 

BERITA LAIN

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU