ARTIKEL

Lundu, Belaga kembali berstatus hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua daerah di Sarawak kembali berstatus hijau hari ini, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak itu berkata, daerah tersebut iaitu Lundu dan Belaga kembali berstatus hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dikesan atau direkodkan daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan daerah hijau meningkat kepada 14 daerah,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama di sini, hari ini.

Uggah yang juga Timbaln Ketua Menteri berkata, sepuluh daerah lain di negeri ini kekal berstatus merah. Iaitu daerah Selangau, Kanowit, Betong, Meradong, Kuching, Samarahan, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan jumlah 2,482 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Daerah Julau, Subis, Bau, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 175 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” jelasnya.

Sementara itu, daerah Marudi, Mukah, Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Sarikei, Saratok, Sebauh dan Serian kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 94 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke