Trending

MA63: Biar berengsot asalkan positif

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MESKIPUN rundingan berhubung hak Sarawak dan Sabah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih belum menemui titik muktamad, paling mustahak pada fasa ini ia mampu “berengsot”.

Ini sekurang-kurangnya jadi petanda, inisiatif dan kesungguhan diambil semua pihak terlibat menunjukkan petanda positif untuk dibawa ke meja rundingan seterusnya.

Biar kegelisahan rakyat di wilayah Borneo ini reda dan sedia memahami lancarnya proses rundingan MA63 yang digerakkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu) dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini Mahathir dalam pemerintahan 22 tahun yang gemilang sebelum “angin bertukar”, begitu serasi dengan Sarawak dan Sabah.

Mahathir turut memahami isu turun naik pemimpin dan parti, menginsafi keperluan rakyat ketika zaman gemilang beliau, bahkan zaman “turun” beliau.

Dipercayai, masa dan sejarah memberi beliau banyak makna daripada semua “kisah politik” yang mematangkan pembangunan sebuah negara.

Pasti beliau dan pemimpin yang ada, kerajaan atau pembangkang memahami sesungguhnya dan sebenarnya, apa ertinya kerajaan, apa ertinya pembangkang!

Justeru, tiada sebab sekali lagi bagi Mahathir atau sesiapa sahaja yang duduk di kerusi teratas tidak memahami falsafah perjuangan politik orang “sebelah sini” melalui teropong Putrajaya pada peringkat Persekutuan.

Kita percaya warna baju politik ialah sentimen politik semasa dan ia bergerak mengikut rentak pemimpin dan suara keperluan parti.

Yang apa pun akhirnya politik harus dapat menjadi wasilah memakmurkan negara, memurnikan hubungan negeri dan wilayah.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali memberitahu akhbar Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan isu dibincangkan dan perbincangan diperhalusi pada peringkat Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kerja.

Baru-baru ini, delegasi Sarawak diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri mesyuarat menyemak Pelaksanaan MA63 Bil 2/2019 bersama Hasidah serta Timbalan Speaker Dun Sarawak Datuk Gerawat Gala dan Peguam Besar Negeri Datuk Talat Mahmood Abdul Rashid berdepan Pengerusi Pemandu Tun Mahathir.

Kita percaya dalam suasana sebegini, masing-masing pihak membuka baju politik dan memakai baju “Malaysia” kembali kepada semangat MA1963.

Dalam isu ini, rakyat pelbagai latar kepentingan parti dan politik harus sama-sama sedia membuka baju politik dan memakai baju perpaduan tanpa warna kepartian yang sempit dan dangkal ketika ia disertakan dengan sentimen berapi dan luapan emosi tanpa batasan.

Di Twitter Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamad Azmin Ali selepas mempengerusikan Mesyuarat Forum Berasingan Menyemak PelaksanaanMA63 – beliau yakin kerjasama tetap utuh demi kesejahteraan rakyat Malaysia, biarpun kedua-dua pihak berlainan ideologi dan kerajaan.

Sebagai nota kaki, perjuangan menuntut memulihkan kuasa Sarawak dan Sabah melalui MA63 bukan baru diperjuangkan hari ini, ia sudah bermula pada zaman Allahyarham Tok Nan, berlaku sebelum peralihan kuasa tampuk pimpinan Persekutuan 9 Mei 2018.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Mata-mata di jalan raya

SILA patuhi undang-undang peraturan di jalan raya. Dengan keadaan kewangan

Si duri tajam

DURIAN bukan sekadar pemegang takhta raja buah, tetapi juga raja

Kembara luar biasa

BUKAN selalu Yang di-Pertuan Agong melakukan kembara dan perjalanan lebih

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru