ARTIKEL

Madinah catat peningkatan aktiviti perniagaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASAR-PASAR di Madinah menyaksikan aktiviti perniagaan yang rancak selepas musim haji apabila jemaah membeli cenderamata dan hadiah sebelum pulang ke negara masing-masing, selepas menziarahi Masjid Nabawi, lokasi bersejarah serta masjidmasjid utama di kota itu.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan barangan yang dibeli jemaah merangkumi emas, pakaian, sejadah, tasbih serta pelbagai produk tempatan yang mencerminkan identiti Madinah.

Pasar dan premis runcit menyaksikan permintaan yang meningkat, sekali gus menyumbang kepada pertambahan aktiviti perniagaan dalam tempoh ini.

Kurma kekal antara barangan paling mendapat permintaan sepanjang keberadaan jemaah di Madinah. Kurma jenis Ajwa dan Safawi mendahului senarai produk paling dicari, selain pelbagai jenis kurma lain. – Bernama-SPA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU