ARTIKEL

Magic rompak gegar pawagam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

I NDUSTRI filem Malaysia sekali lagi mencuri perhatian dengan kemunculan Magik Rompak, naskhah arahan Adrian Teh yang cuba memadukan aksi rompakan, elemen silap mata dan drama keluarga.

Filem terbitan ACT 2 Pictures ini hadir dengan bajet besar sekitar RM13 juta, menjadikannya antara produksi tempatan paling berambisi tahun ini.

Kisahnya berkisar tentang Fariq, seorang ahli silap mata lakonan Zul Ariffin yang terjebak dalam dunia jenayah bersama- sama sekumpulan pencuri.

Sasaran mereka bukan kecilkecilan. Sebuah kalung emas bertatah delima bernama “Hati Kesuma” yang dimiliki tokoh berpengaruh Tan Sri Hamdan, dilihat sebagai peluang untuk menjayakan rompakan terbesar dalam hidup mereka.

Namun, seperti kebiasaan filem rompakan, perjalanan mereka bukan sekadar strategi.

Rasa tamak, khianat dan konflik dalaman menguji setiap watak.

Yang menonjol adalah usaha Adrian Teh mengangkat genre rompakan ke tahap produksi lebih tinggi.

Dari segi visual, sinematografi Danny Voon memberikan sentuhan segar pada babak aksi, manakala suntingan Lee Pai Seang memastikan transisi antara silap mata dan perancangan rompakan bergerak lancar.

Muzik latar Jackey Yow pula menambah debaran terutama ketika adegan klimaks. Barisan pelakon menjadi nadi kepada filem ini.

Zul Ariffin dan Sharnaaz Ahmad membawa aura tersendiri dalam mempamerkan sisi ahli silap mata yang penuh misteri serta rakan jenayah yang keras kepala.

Amelia Henderson dan Nadhir Nasar melengkapkan pasukan dengan gaya lebih muda dan berani.

Watak antagonis Tan Sri Hamdan lakonan Tay Ping Hui pula menjadi titik berat cerita.

Keberkesanan lakonannya membuat penonton mudah merasa benci, satu tanda watak antagonis yang berjaya. Namun, Magik Rompak bukan tanpa kelemahan.

Dengan tempoh tayangan hampir 134 minit, ada kalanya jalan cerita terasa meleret.

Beberapa babak seolah-olah tidak menambah nilai kepada jalan cerita utama.

Elemen silap mata yang digembar-gemburkan pula ada ketikanya terasa lebih sebagai hiasan berbanding tunjang utama.

Bagi penonton yang membandingkan dengan filem antarabangsa seperti Now You See Me, jangkaan mungkin sedikit tergugat.

Walaupun begitu, usaha menghadirkan sebuah filem rompakan dengan acuan tempatan patut dipuji.

Adrian Teh dan pasukannya jelas mahu membuktikan bahawa filem Malaysia mampu tampil dengan skala besar, tidak ketinggalan dari segi teknikal, dan tetap mengekalkan identiti budaya sendiri.

Secara keseluruhan, Magik Rompak memberi pengalaman hiburan yang memuaskan. Ia mungkin tidak sempurna, tetapi berjaya membuktikan genre rompakan bukan hanya milik Hollywood.

Dengan lakonan mantap, visual menarik, dan kisah yang penuh liku, filem ini layak ditonton sebagai satu lagi pencapaian dalam landskap sinema tempatan.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU