TUMPAT: Tujuh individu termasuk seorang wanita didenda RM2,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merusuh di sebuah akademi memandu bulan lepas.
Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Kesemua tertuduh didakwa terlibat dalam kejadian rusuhan di sebuah akademi memandu di Berangan pada 24 Mei lalu.
Dalam prosiding berasingan, seorang pengajar akademi memandu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membangkitkan kemarahan sehingga mencetuskan insiden itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes seperti dipetik Bernama.



