ARTIKEL

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa didesak keluarkan surat perintah tangkap Netanyahu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BOGOTA: Presiden Colombia Gustavo Petro pada Jumat mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan surat perintah penangkapan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu atas tuduhan melakukan genosid di Gaza.

“Netanyahu tidak akan menghentikan genosid. Hal itu perlu adanya surat perintah penangkapan antarabangsa dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” tulis Petro di platform X pada Jumat.

Menurut AFP, pemimpin sayap kiri yang vokal itu berkata Dewan Keselamatan PBB harus mula mempertimbangkan pembentukan pasukan pemantau perdamaian di Gaza.

Colombia sendiri bergabung dengan Bolivia, Belize dan Afrika Selatan dalam memutus atau menangguh diplomasi dengan Israel.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan di Gaza menyebut, Israel membunuh 34,943 orang di Gaza, sebahagian besarnya perempuan dan anak-anak.
Minggu lepas, Netanyahu menyedari ICC sedang mempertimbang mengeluarkan surat perintah penangkapan terhadap pegawai senior kerajaan dan tentera Israel yang dianggap sebagai penjenayah perang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU