ARTIKEL

Gambar hiasan

Mahkamah tetapkan Februari 2027 bagi perbicaraan saman fitnah Caprice

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 2 dan 3 Feb 2027 untuk perbicaraan kes saman fitnah difailkan ahli perniagaan Datuk Seri R. Jeyenderan terhadap penyanyi rap yang juga pempengaruh media sosial, Caprice.

Hakim Roslan Mat Nor turut menetapkan 7 April depan untuk pengurusan kes seterusnya.

Peguam V.Muniandy, yang mewakili plaintif ketika dihubungi mengesahkan tarikh berkenaan dan memaklumkan peguam bagi pihak Caprice selaku defendan, tidak hadir pada prosiding semalam.

Pada 15 Okt lepas, mahkamah sama telah memberikan injunksi inter-parte memihak kepada plaintif dan turut memerintahkan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, membayar RM8,000 sebagai kos kepada Jeyenderan dalam tempoh dua minggu.

Pada 5 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan injunksi ad-interim yang dimohon Jeyenderan terhadap Caprice dan memerintahkan defendan agar segera memadam semua hantaran berunsur fitnah terhadap plaintif yang dimuat naik menerusi laman Instagram defendan pada Julai.

Jeyenderan yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat perkapalan, telah memfailkan saman itu pada 21 Julai lepas dengan mendakwa Caprice pada 10 Julai telah memuat naik beberapa hantaran di Intagram termasuk gambar dan video dirinya, yang didakwa mengaitkan beliau dengan aktiviti jenayah, gangsterisme serta ugutan bersenjata tanpa sebarang bukti sahih.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, beliau mendakwa hantaran berunsur fitnah itu dibuat bagi menimbulkan syak wasangka, kebencian awam dan tekanan sosial terhadap dirinya selain menyatakan Caprice tidak pernah menghubungi beliau atau wakilnya untuk mendapatkan pengesahan atau penjelasan sebelum menerbitkan dakwaan yang serius itu.
Jeyenderan mendakwa tindakan Caprice jelas menunjukkan bahawa defendan tidak mempunyai niat untuk menyampaikan maklumat yang adil dan benar sebaliknya bertujuan mencemarkan nama baik dan reputasi beliau dan menyatakan bahawa Caprice memiliki pengaruh yang besar di Instagram dengan jumlah pengikut lebih 1.5 juta orang.

Akibat penerbitan fitnah itu, Jeyenderan mendakwa reputasinya sebagai pakar perkapalan dan maritim terjejas di peringkat global serta mengalami kerugian khas berjumlah RM1 juta selepas kehilangan beberapa kontrak sebagai penceramah utama di Dubai, Turkiye dan India yang ditawarkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Dubai.

Sehubungan dengan itu, plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta bagi kerosakan reputasi, ganti rugi khas, am dan teladan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu