ARTIKEL

Abdul Rahman berucap mewakili Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, pada Program Semarak Komuniti Miri dan Miri City Car-Free Day.

Majlis Bandaraya Miri komited wujudkan bandar raya rendah karbon, hijau dan pintar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) sentiasa komited dalam usaha menyokong agenda kelestarian bandar.

Setiausaha MBM, Abdul Rahman Taupek, berkata ia dibuktikan melalui penganjuran Program Semarak Komuniti Miri dan Miri City Car-Free Day.

P1-P2: Suasana sekitar Program Semarak Komuniti Miri dan Miri City Car-Free Day.

Ia dihasratkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB).

Jelasnya, sebagai bandar raya yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, Miri sentiasa berusaha ke arah mencapai visi ‘Green, Smart dan The Most Liveable International Resort City’.

“Selain itu, melalui suntikan peruntukan yang disalurkan di bawah program PKKB ini, MBM berkomitmen untuk memastikan pembangunan mampan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa mengabaikan keperluan masa depan.

“Ini termasuk penerapan elemen hijau di kawasan perbandaran melalui program perkongsian ilmu kepada peserta program seperti Kempen ‘No Plastic Bag, No Plastic Straw’ dan ‘No Styrofoam’ yang dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya serta Seksyen Pembangunan Lestari MBM,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika berucap mewakili Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, pada Program Semarak Komuniti Miri dan Program Miri City Car-Free Day 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa penganjuran Miri City Car-Free Day memainkan peranan penting dalam usaha menjadikan bandar raya ini rendah karbon.

“Melalui program sedemikian, ia dapat mengurangkan pencemaran udara dengan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya, dan sekali gus menyumbang kepada udara yang lebih bersih dan sihat untuk semua.

“Selain itu, ia memberi ruang kepada kita semua untuk menikmati suasana bandar tanpa bunyi enjin dan pelepasan karbon yang biasa kita hadapi.

“Langkah menutup jalan-jalan utama bandar buat sementara waktu bukan sahaja membantu dalam mengurangkan jejak karbon, tetapi juga menunjukkan bagaimana bandar raya ini dapat menjadi lebih mesra alam,” jelasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha