ARTIKEL

RAKAM KENANGAN…Majlis KMKK merakam kenangan bersama yang lain dalam program tersebut.

Majlis KMKK Mukah edar bubur sagu gula merah, dapat sambutan ramai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Mukah mengambil inisiatif mengedarkan bubur sagu gula merah bagi menyemarakkan semangat bulan Ramadan.

Agihan yang diadakan di Dataran Pehin Setia Raja bermula jam 2.30 petang tadi, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sehubungan itu, kira-kira 500 bungkus bubur sagu gula merah diagihkan kepada orang ramai hasil kerjasama dan gotong-royong Majlis KMKK itu sendiri.

Memandangkan bubur lambuk sudah biasa diagihkan, majlis tersebut mengambil inisiatif untuk mengedarkan bubur sagu gula merah kerana ia jarang dibuat di Mukah.

Pada masa sama, program ini turut bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara KMKK dan penduduk setempat.

Majlis KMKK berharap agar program seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang bagi menyemarakkan lagi semangat Ramadan.

Suasana pengagihan bubur sagu gula merah di Dataran Pehin Setia Raja, hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha