PELAKON kelahiran Singapura, Atikah Suhaime mendapat pujian peminat menerusi perkongsian video di Instagram yang memaparkan majlis pertunangan serba ringkas.
Majlis pertunangan yang diadakan di kediaman Atikah bersama-sama ahli perniagaan Malaysia, Datuk Lokman Teh di Singapura itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis.
Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut dan rakan artis mengucapkan tahniah dan memuji majlis pertunangan tersebut.
“Artis pun tunang biasa, kita ini bukan main lagi. “Biasa je majlis dia… tahniah untuk Atiqah.
“Biasa je haa… takda nak lebih pun… bagus. “Alhamdulillah, tahniah… biasa je majlis, saya suka.
Semoga dipermudah urusan, insya-Allah,” antara komen peminat memetik media tempatan.
Atiqah dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari ini.



