ARTIKEL

Majlis sosial dan keramaian tidak dibenarkan di seluruh Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semua majlis sosial dan keramaian di kampung dan rumah panjang di seluruh Sarawak tidak dibenarkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Ujarnya, arahan berkenaan berkuatkuasa serta-merta hari ini sehingga notis lanjut berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri ini.
Selain itu, katanya JPBNS memutuskan maksimum 50 orang sahaja dibenarkan untuk menghadiri upacara pengebumian dan maksimum 30 orang sahaja di tapak pengebumian bagi kawasan PKPB.
“Bagi kawasan PKP, hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk upacara dan semasa di tapak pengebumian,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 di sini, hari ini.
Tambahnya, SOP upacara pengebumian berkenaan boleh didapati daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah