PELAJAR Ikmas Semester 5 Diploma Dakwah Islamiyah iaitu Nur Zulaikhah Ripot memenangi tempat ketiga dalam Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian Serian yang diadakan di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak, Bahagian Serian, baru-baru ini.
Penyertaan pertandingan ini banyak memberi pendedahan kepada pelajar untuk bersaing secara sihat bersamasama masyarakat awam, menanamkan rasa cinta kepada al-Quran.
Ia sekali gus meningkatkan keyakinan, sifat berani dalam diri pelajar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca al-Quran.
Penyertaan ini melahirkan generasi Ikmas yang cinta akan al-Quran.
Penyertaan ini juga menjadi nilai tambah kepada pelajar untuk menjadi dai yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
Sebagai maklumat tambahan, pelajar Ikmas ini mendapat tempat ketiga keseluruhan.
Semoga penyertaan pelajar Ikmas ke program seumpama ini menjadi contoh dan teladan kepada pelajar lain untuk terus maju.



