ARTIKEL

Makam Sultan Tengah kembali dibuka untuk kunjungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pihak Jabatan Muzium Sarawak membersihkan Makam Sultan Tengah untuk dibuka kepada orang ramai.

KUCHING: Makam sultan pertama dan terakhir Sarawak, Makam Sultan Tengah kini dibuka semula kepada orang ramai.

Makam yang dipercayai berusia lebih 368 tahun, diisytiharkan oleh Kerajaan Sarawak pada tahun 1993 sebagai monumen bersejarah dalam memperbanyakkan sumber sejarah di negeri ini.

Ini kerana walaupun Sarawak pada masa kini tidak mempunyai raja atau sultan tetapi sejarah awal menunjukkan negeri ini juga pernah mempunyai sultan yang berasal dari negara Brunei.

Menurut Jabatan Muzium Sarawak, makam tertua di negeri ini yang terletak di simpang Jalan Damai, Santubong di sini dibuka untuk kunjungan orang ramai setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, secara percuma.

“Untuk pembukaan semula makan tersebut, pihak jabatan mengadakan gotong-royong membersihkannya bagi memberi keselesaan kepada pengunjung,” kata jabatan itu dalam perkongsian di Facebook.

Program pembersihan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Muzium Sarawak yang baharu, Nancy Jolhi.

Mengikut kajian ahli sejarah, makam tersebut dipercayai milik Pengiran Muda Tengah Ibnu Sultan Muhamad, yakni anak kedua Sultan Brunei ke-9, Sultan Muhamad Hassan.

Kemangkatan baginda berpunca daripada perbuatan hulu balangnya sendiri yang telah bertindak menikam baginda dengan menggunakan tombak sewaktu baginda berehat di Batu Buaya, Pantai Santubong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i