ARTIKEL

KENANGAN… Abang Shibli, pengurusan TBS dan wakil Yayasan Kepimpinan Al Bait merakam gambar kenangan bersama-sama penerima. Foto Mohd Alif Noni

Makanan percuma untuk 70 asnaf di restoran Your Choice Cafe

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 70 asnaf menerima kupon makanan percuma untuk menikmati hidangan di restoran Your Choice Cafe (YCC).

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, program itu anjuran Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama TBS, Koperasi Al-Bait Sarawak Berhad (KOOPBAIT) dan YCC.

“Penerima kupon boleh menebus kupon sekali beri ini di tiga lokasi YCC iaitu YCC Batu Kawa; YCC Medan Hamidah dan juga YCC Maima Mall di samping empat kombo set makanan berserta air ditawarkan kepada penerima terpilih berdasarkan rekod golongan asnaf daripada TBS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Sajian Sejahtera Al-Bait: Kupon Makan Percuma di Your Choice Cafe (YCC), Batu Kawah di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Mohd Shibli berkata, kupon tersebut boleh digunakan sehingga 31 Januari 2024 dan jika program tersebut berjalan lancar, ia bakal dianjurkan dua bulan sekali pada masa akan datang.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha