ARTIKEL

Makmal Hospital Limbang sudah siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Makmal Hospital Limbang sudah siap sepenuhnya dan bakal beroperasi pada bila-bila masa. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, makmal tersebut siap pada 7 Januari lepas dan dijangka beroperasi pada pertengahan bulan hadapan.
Ujarnya, makmal itu kelak akan digunakan untuk memproses ujian dan keputusan ujian calitan Covid-19.  “Proses ujian dan keputusan calitan Covid-19 dapat dilakukan di Limbang tanpa perlu menghantar sampel ujian ke Kuching dan Miri.
“Makmal ini dijangka beroperasi pertengahan Februari ini,” katanya. Beliau berkata semasa sidang media selepas mengadakan lawatan ke Makmal Molekular Hospital Limbang.
Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu berkata, pembinaan makmal dibiayai Kerajaan Sarawak.
Jelasnya, Kerajaan Sarawak membiayai kos lebih RM1 juta bagi membuka operasi makmal tersebut. “Makmal berkenaan mampu memproses sampel ujian sehingga 100 sampel ujian, namun jumlah ujian boleh ditingkatkan kepada 200 sampel jika ada pertambahan kakitangan.
“Menerusi operasi ini, setiap calitan Covid-19 yang dilakukan di Limbang termasuk di Lawas dapat diketahui dalam tempoh masa 24 jam hingga 48 jam,” katanya.
Tambahnya, masyarakat perlu memberikan kerjasama dalam sentiasa mematuhi SOP. “Masyarakat umum juga perlu kekal mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk memutuskan rantaian,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu