ARTIKEL

Makna Korban Dalam Kehidupan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AMIRAH FATINI
(Pelatih UniSZA)

KUCHING: Menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, rata-rata masyarakat di sekitar negeri ini dilihat mula membuat persiapan awal termasuk dalam melaksanakan ibadah korban serta persiapan bersama-sama keluarga.

Suasana persiapan Aidiladha turut disemarakkan dengan semangat kebersamaan apabila ada yang terlibat secara langsung dalam ibadah korban, manakala sebahagian lagi membuat persiapan dari sudut kekeluargaan dan tradisi pulang ke kampung.

Suara Sarawak menemu bual beberapa orang awam bagi mendapatkan pandangan dan persiapan Aidiladha serta makna ibadah korban dalam kehidupan seharian.

Bagi Kamarul Mohd Parhi, 59


“Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan untuk bersama-sama menyertai ibadah korban di kawasan kampung. Ia satu pengalaman yang sangat bermakna setiap kali Aidiladha tiba. Bagi saya, korban ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi tanda kita bersyukur dan sanggup berkorban untuk orang lain tanpa mengharapkan balasan.

“Saya sedang membuat persiapan untuk balik kampung. Memang setiap tahun kami akan berkumpul dan masak bersama-sama. Pada pandangan saya, korban juga bermaksud kita sanggup tinggalkan kesibukan kerja dan luangkan masa dengan keluarga. Itu juga satu bentuk pengorbanan.

“Anak-anak akan balik kampung, jadi saya sudah mula siapkan bahan masakan dan uruskan keperluan dapur lebih awal. Bagi saya, korban ini juga tentang pengorbanan seorang ibu atau ahli keluarga yang sentiasa memikirkan keselesaan orang lain.

Farhanah Izzanie, 24.

“Saya hanya bantu apa-apa yang patut di rumah dan ikut serta dalam aktiviti keluarga apabila semua balik ke kampung nanti. Makna korban bagi saya ialah belajar untuk lebih menghargai orang lain, tidak pentingkan diri sendiri dan sentiasa bersyukur dengan apa-apa yang ada.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha