ARTIKEL

MALAM TITIAN KASIH MADANI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARU-BARU ini, berlangsung aktiviti terakhir buat tahun ini bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pine Villa Demak Laut.

Malam Titian Kasih Madani 2023 dianjur bersama-sama JKKK Pine Villa, Kawasan Rukun Tetangga (KRT Pine Villa) dan Jawatankuasa Pembinaan Surau Anaz Malik Pine Villa di Noona Mini Hall, Jalan Matang Kuching.

Ia dihadiri sekitar 100 tetamu daripada pelbagai kaum.

Tema utama majlis ialah Titian Kasih Madani membawa makna meniti kasih, mengingat dan perihatin atau mengambil kisah.

Madani pula ertinya ke hadapan dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan yang berkaitan dengan masyarakat.

SILATURAHIM JIRAN TETANGGA

Majlis dimulakan seawal 7.30 malam dengan ketibaan jemputan, disusuli dengan ketibaan tetamu jemputan khas selaku Pegawai Tugas Tugas Khas dan wakil Ahli Parlimen Santubong Datuk Sri Nancy Shukri, Mac Fariza Daniel.

Seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Samsuddin Mahran diikuti tayangan video aktiviti JKKK dan KRT Pine Villa bagi sepanjang tahun ini.

Hidangan jamuan malam bermula kira-kira 8.15 malam diikuti cabutan bertuah.

Majlis pada malam itu diteruskan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi JKKK Pine Villa Demak Laut Muhamad Bohari disusuli acara kemuncak iaitu penyampaian sumbangan kepada 20 penerima dalam kalangan anak anak yatim, ibu tunggal dan asnaf.

Persembahan karaoke dalam kalangan Ahli Jawatankuasa JKKK Pine Villa dan penyanyi tempatan menyerikan lagi suasana majlis.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha