ARTIKEL

Malaysia Airports sertai Routes Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHIANG MAI: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan menyertai Routes Asia CNX 2023 di Thailand selepas acara itu terhenti selama tiga tahun ekoran pandemik Covid-19 dalam usaha memajukan lagi kesemua lima lapangan terbang antarabangsa sebagai pintu masuk ke Malaysia.

Acara yang berlangsung mulai 14 hingga 16 Februari ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Chiang Mai di sini itu dijangka dihadiri kira-kira 800 perwakilan dengan penyertaan 200 lapangan terbang, 100 syarikat penerbangan dan 30 pihak berkuasa pelancongan.

Kira-kira 2,000 mesyuarat bersemuka antara wakil syarikat penerbangan dan lapangan terbang akan diadakan di samping sesi persidangan oleh beberapa penceramah antarabangsa mengenai sektor penerbangan dan pelancongan.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata antara objektif utama pihaknya adalah mempercepat syarikat penerbangan asing kembali semula ke Malaysia walaupun secara purata hampir 80 peratus daripadanya telah menyambung semula penerbangan.

“Terdapat beberapa syarikat penerbangan lain terutama di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu yang belum kembali beroperasi.

Justeru, inilah peluang kami untuk mewujudkan semula jalinan dengan syarikat penerbangan ini dan meyakinkan mereka untuk kembali.

“Sementara itu, bagi yang telah kembali pada tahun lepas, kami mahu mereka mencatatkan semula tahap pada 2019 secepat mungkin dengan meningkatkan kekerapan penerbangan,” katanya kepada Bernama.

MAHB juga telah mengenal pasti wilayah dan syarikat tertentu untuk diambil langkah susulan justeru, usaha ini akan menjadi tindakan berterusan oleh pengendali lapangan terbang itu dan Tourism Malaysia untuk meningkatkan kesambungan dan ketersampaian.

Beliau berkata lebih 20 mesyuarat dijangka diadakan dengan syarikat penerbangan yang disasarkan, baharu dan sedia ada, untuk membincangkan peluang pengembangan laluan ke lapangan terbang Malaysia.

“Ini terutama membabitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu,” katanya.

Routes Asia CNX 2023 menyediakan platform untuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan dalam sektor penerbangan bertemu, berkongsi amalan terbaik dan membangunkan strategi rangkaian serta memastikan pengembangan perkhidmatan udara masa depan bagi seluruh Asia Pasifik.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan