ARTIKEL

Malaysia akan bekerjasama dengan Turki perhebat industri pertahanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKIT MERTAJAM: Malaysia akan bekerjasama dengan Turki bagi memperhebatkan lagi industri pertahanan negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata Turki merupakan sebuah negara yang amat dikagumi akan kehebatannya menerusi bidang pertahanan dan Malaysia akan bekerjasama untuk menerokai bidang terbabit dalam meningkatkan aspek pertahanan.

“Turki sememangnya maju dalam industri ini, industri pertahanan mereka bertaraf NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dan menerusi kenyataan yang dibuat Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatan ke negara itu baru-baru ini, mereka sudi dan bersedia untuk bekerjasama dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang ‘Sirih Pulang Ke Gagang’ di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam di sini semalam.

Katanya antara kerjasama bersama Turki itu termasuk merancang membeli peralatan yang sesuai bagi aset kegunaaan di negara ini.

Mohamad Sabu berkata pada peringkat awal ini kerajaan kemungkinan akan meneliti alat-alat pengangkutan dan lain-lain dari negara itu.

Dalam lawatan yang turut dihadiri Mohamad, Erdogan mengalu-alukan syarikat Malaysia untuk melabur lebih banyak di Turki terutamanya dalam industri pertahanan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Presiden Amanah berkata beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada mempertahankan jawatan atau sebaliknya pada pemilihan parti itu akan datang. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah