ARTIKEL

HIMPUN… Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga (SOME) yang bermula hari ini. Foto: JAPEN

Malaysia anjur SOME ke-43 perkukuh agenda tenaga ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Memorandum Persefahaman (MoU) Grid Tenaga ASEAN (APG) serta rujukan syarat-syarat rangka kerja pembangunan kabel tenaga dasar laut merupakan antara tumpuan perbincangan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN ke-43 Mengenai Tenaga (SOME) di sini.

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Mad Zaidi Mohd Karli berkata, perkara tersebut diharap dapat menghasilkan perbincangan yang sangat baik dengan komitmen kukuh ke arah mencapai output yang diingini serta sejajar dengan hasil yang ditetapkan dalam Hasil Utama Ekonomi Keutamaan dan Keutamaan Tahunan Malaysia.

“Usaha kerjasama kita pastinya akan membuka jalan kepada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Tenaga (AMEM) ke-43 yang akan diadakan di Kuala Lumpur,” katanya dalam ucapan pembukaan SOME yang bermula hari ini sehingga 18 Jun di Hotel Sheraton.

Selain itu, SOME turut membincangkan dan menyampaikan hasil berasaskan konsensus termasuk pelan kerja Pelan Tindakan ASEAN untuk Kerjasama Tenaga (APAEC) yang telah dikemas kini.

Ia merangkumi cadangan dasar mengenai keselamatan tenaga serantau, pembiayaan tenaga boleh diperbaharui dan penyepaduan grid, memuktamadkan draf dokumen dasar APAEC serta mendapatkan pengesahan Perjanjian Keselamatan Petroleum ASEAN (APSA).

Bidang keutamaan dalam perbincangan SOME tahun ini termasuk Grid Tenaga ASEAN, inisiatif ke arah mencapai sasaran APAEC, dan pembiayaan peralihan tenaga.

Dianjurkan oleh PETRA selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, SOME menghimpunkan kesemua 10 negara anggota ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, serta Timor Leste sebagai pemerhati.

Hampir 250 delegasi dijangka hadir, termasuk pegawai kanan tenaga, wakil daripada Sekretariat ASEAN, Pusat Tenaga ASEAN (ACE) dan Rakan Dialog seperti China, Korea, Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat.

Selain itu, mesyuarat turut dihadiri wakil daripada organisasi antarabangsa seperti Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA), Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA), Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia.

SOME ke-43 bertujuan menyelaras dasar tenaga ASEAN di peringkat pegawai kanan dengan mengkaji kemajuan APAEC serta menyediakan keputusan penting untuk AMEM ASEAN ke-43 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2025.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha