ARTIKEL

Malaysia capai kedudukan terbaik dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR:  Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF) merupakan pencapaian yang baik dan membanggakan buat negara.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia juga menjadi pemangkin untuk kerajaan terus memartabatkan kebebasan media di Malaysia.

Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, pada kedudukan 119 (60.53 mata).

Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176).

Selain itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dan Digital bersama pengamal media sedang meneliti draf Rang Undang-Undang Majlis Media sebelum ia dibawa ke Jemaah Menteri.

“Insya-Allah akan ada beberapa pengumuman baik buat para pengamal media menjelang Hari Wartawan Nasional (HAWANA),” katanya.

HAWANA 2023 akan diadakan di Ipoh, Perak pada 27 hingga 29 Mei ini.

— BERNAMA

TAG: Fahmi Fadzil, kebebasan media, kedudukan, Majlis Media, HAWANA

 
ADIL MHA HAZ

Monday , 01 May 2023

BERITA LAIN

KDN lulus 225 permohonan kewarganegaraan di Sarawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan sebanyak 225 daripada 722 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan di Sarawak bagi tempoh 2024

BERITA TERBARU

Kerjasama Jepun-Sarawak perkukuh pemulihan hutan

SIMUNJAN: Kerjasama Sarawak dengan Jepun dalam pemuliharaan hutan hujan tropika terus diperkukuh apabila syarikat Jepun, SANKYU INC., komited menanam sebanyak 20,000 pokok dalam tempoh 10