ARTIKEL

Gambar Hiasan

Malaysia Catat Lebih 42 Juta Pelawat Antarabangsa Pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Malaysia mencatat sejarah baharu dalam sektor pelancongan apabila menerima 42,196,892 pelawat antarabangsa sepanjang 2025, jumlah tertinggi pernah direkodkan negara setakat ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, angka tersebut menunjukkan peningkatan 11.2 peratus berbanding 2024 serta 20.4 peratus lebih tinggi berbanding tahun prapandemik 2019.

Beliau berkata pencapaian itu mencerminkan keyakinan pelawat antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, selain hasil kerjasama erat antara kerajaan dengan pemain industri serta rakyat dalam memulihkan sektor berkenaan selepas pandemik.

Menurut beliau, Singapura kekal sebagai penyumbang terbesar pelawat ke Malaysia dengan 21,076,783 pelawat, sekali gus pertama kali melepasi angka 20 juta ketibaan.

Menurut Ahli Parlimen Bintulu itu lagi, China mencatat pertumbuhan paling ketara dengan 4,661,878 pelawat, meningkat 25.1 peratus berbanding 2024 dan 40 peratus lebih tinggi berbanding 2019 sekali gus mengatasi Indonesia sebagai pasaran kedua terbesar pelawat ke Malaysia.

Indonesia pula merekodkan 4,266,358 pelawat, meningkat 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tiong berkata negara anggota ASEAN terus menjadi penyumbang utama dengan 30,722,672 pelawat, meningkat hampir sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata ketibaan pelawat dari Asia Selatan juga menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan, dengan India merekodkan 1,565,194 pelawat, meningkat 14.6 peratus.

“Secara keseluruhan, jumlah ketibaan pelawat dari Asia Selatan melepasi dua juta buat pertama kali dengan 2,128,465 pelawat pada tahun lalu,” katanya.

Selain itu, katanya, ketibaan dari rantau Amerika Utara turut meningkat dengan pelawat dari Amerika Syarikat melebihi 330,000 orang, manakala Kanada mencatat 112,432 pelawat, sekali gus pertama kali melepasi angka 100,000.

Secara keseluruhan, sebanyak 21 negara dan wilayah kini masing-masing menyumbang lebih 100,000 pelawat setahun ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Tiong berkata usaha promosi global bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu turut menyumbang kepada peningkatan ketibaan pelawat.

Menurutnya, kerajaan melalui MOTAC dan Tourism Malaysia mempergiat promosi di pasaran utama dunia bagi meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

Beliau berkata dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang kini bermula secara rasmi, kerajaan yakin momentum pertumbuhan sektor pelancongan negara akan terus diperkukuh dalam usaha menarik lebih ramai pelawat serta meningkatkan pulangan ekonomi kepada negara.

Ends

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu