ARTIKEL

Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Malaysia dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam pertemuan lebih sejam beliau bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, yang mengadakan kunjungan hormat kepadanya di Sri Satria di sini hari ini sempena lawatan kerja tiga hari Wang ke Malaysia. 

“Pertemuan hari ini juga memberi peluang untuk mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam berhadapan cabaran berkaitan keselamatan sejagat di Asia dan juga dunia, amnya,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Wang.

Ahmad Zahid berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Wang juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutama berkaitan aspek keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Malaysia menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kerana yakin ia membawa manfaat dan limpahan daripada projek di bawah BRI itu.

Ahmad Zahid juga berhasrat untuk melakukan lawatan ke China atas jemputan Presiden China Xi Jinping dan Wang pada awal tahun hadapan.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China  dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.

— BERNAMA 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha