KUALA LUMPUR: Malaysia dan Laos bersetuju mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, khususnya dalam tenaga boleh baharu, infrastruktur, pengangkutan serta logistik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Saleumxay Kommasith, di Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu turut memperkukuh hubungan dua hala selepas beliau mengucapkan tahniah atas pelantikan Saleumxay sebagai Perdana Menteri Laos.
Beliau berkata jumlah dagangan Malaysia-Laos bagi tempoh Januari hingga Ogos meningkat 28.7 peratus kepada USD55.9 juta.
Kedua-dua negara turut sepakat menganjurkan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-4 di Vientiane dan memuktamadkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi serta pelancongan seperti dilapor Bernama.




