ARTIKEL

SUSPEK kes ugut bapa saudara di Saratok yang ditahan, hari ini.

Lelaki mengamuk, cuba serang bapa saudara dengan keris

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Gara-gara permintaannya untuk mendapatkan wang tambahan RM50 bagi membeli bekalan dadah tidak dipenuhi, seorang lelaki berusia 29 tahun bertindak mengamuk sebelum cuba menyerang bapa saudaranya menggunakan sebilah keris sepanjang 18 sentimeter.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek yang dipercayai positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin itu berang selepas permintaannya tidak dilayan mangsa.

KERIS yang turut dirampas oleh pihak polis.

“Suspek sebelum itu telah diberikan wang RM30, namun mendakwa jumlah berkenaan tidak mencukupi lalu meminta tambahan RM50.

“Bagaimanapun, apabila permintaannya tidak diendahkan, suspek bertindak mengamuk dan cuba menyerang bapa saudaranya menggunakan keris sepanjang 18 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek turut menggunakan keris berkenaan untuk merosakkan meja sofa serta suis elektrik di rumah mangsa.

Susulan kejadian itu, mangsa yang berusia 67 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Saratok.

Bertindak atas laporan berkenaan, polis menahan suspek di rumah panjangnya di kawasan Awik pada pukul 10.15 pagi tadi.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, manakala polis turut merampas keris yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Mathew berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 2026 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

GPS terbukti mampu jaga hak dan masa depan Sarawak

TEBEDU: Rakyat Sarawak perlu menilai rekod pencapaian dan keupayaan mentadbir, bukannya terpengaruh dengan janji manis parti pembangkang yang hanya muncul menjelang pilihan raya. Timbalan Premier