ARTIKEL

Kredit: FB Malaysia NT

Malaysia gagal ke final Piala ASEAN walaupun belasah Singapura 6-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDUNG: Malaysia menewaskan Singapura 6-0 pada perlawanan akhir Kumpulan A Divisyen 1 Piala ASEAN FIFA 2026, namun gagal melangkah ke final.

Indonesia muncul juara kumpulan selepas menewaskan Bangladesh 9-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kedua-dua pasukan sama kutip tujuh mata dan beza jaringan sembilan gol, tetapi Indonesia unggul dengan 11 gol berbanding sembilan Malaysia.

Ketua jurulatih interim Tan Cheng Hoe berkata pemainnya menunjukkan komitmen tinggi dan penyudahan tajam, namun mengakui hasil itu di luar kawalan mereka.

Menurut Bernama Malaysia akan berdepan Vietnam dalam perlawanan tempat ketiga manakala Indonesia menentang Thailand di final, kedua-duanya di Jakarta Isnin depan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU