ARTIKEL

FB Datuk Seri Tiong King Sing

Malaysia galak pelaburan pelancongan dari China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia mengalu-alukan pelaburan dari China dalam industri pelancongan tempatan dan menggalakkan lebih ramai pengendali negara itu bekerjasama dengan rakan tempatan bagi membangunkan sektor berkenaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata semua pelaburan dan aktiviti perniagaan perlu dilaksanakan melalui saluran yang sah serta mematuhi peraturan bagi mewujudkan ekosistem pelancongan yang lebih sihat dan mampan.

Beliau turut menjelaskan penguatkuasaan undang-undang yang dipertingkatkan dalam sektor pelancongan tidak menyasarkan mana-mana negara atau pelancong, sebaliknya bertujuan melindungi keselamatan serta pengalaman perjalanan pengunjung.

Menurutnya, tindakan itu penting bagi membanteras operasi haram seperti pakej pelancongan tidak diluluskan, pengangkutan haram dan kemudahan pelancongan tidak berlesen yang boleh menjejaskan keselamatan serta operasi industri.

Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara Tiong dan Pengerusi Perikatan Pelancongan Dunia (WTA), Zhang Xu, yang turut menyentuh kerjasama pelancongan Malaysia-China, pembangunan pelancongan ASEAN, keselamatan pelancong dan piawaian industry seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia