ARTIKEL

Malaysia intai peluang jalin kerjasama dengan Rusia dalam pemindahan teknologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KAZAN: Malaysia sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan Rusia dalam pertukaran teknologi, terutama yang dibangunkan dengan baik di Rusia, termasuk teknologi robotik atau roket, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kami meminta Rusia membantu terutama dalam pemindahan teknologi dalam sektor tertentu seperti robotik, sains roket yang diperlukan oleh universiti di Malaysia,” kata Khaled di luar forum ekonomi Antarabangsa ke-14, “Russia – Islamic World: KazanForum.”

Beliau berkata Malaysia juga berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Moscow dalam pertukaran sains perubatan lanjutan, aeronautik dan kejuruteraan elektrik.

Forum itu berlangsung di bandar Kazan Rusia dari 18 hingga 19 Mei.

Beliau bersama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menghadiri forum itu dengan kedua-duanya bersetuju dengan pihak Rusia untuk mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,