ARTIKEL

Malaysia jadi tuan rumah kejohanan dunia Mobile Legends 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim ketika mengakhiri ucapan beliau di Final Kejohanan Dunia MLBB M5 2023 di Manila, Filipina, semalam.

Adam berkata beliau bangga untuk mengumumkannya dan ia akan menjadi satu daripada acara penting negara dan mengalu-alukan semua peminat e-sukan dunia untuk datang ke Malaysia.

“Dalam kita berkumpul di sini untuk menyambut final M5, saya teruja untuk mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 pada 2024. Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah untuk kejohanan ini, susulan kejayaan menjadi tuan rumah M1 pada 2019.

Pencapaian ini bukan hanya untuk seorang individu tetapi untuk semua rakyat Malaysia, kita berjaya. M6 akan menjadi peristiwa diingati di dalam negara dan kami mengalu-alukan pemain, peminat dan penggemar e-sukan dari seluruh dunia untuk mengalami layanan baik tiada tandingan yang diberikan rakyat Malaysia,” katanya.

Sejumlah 16 pasukan bertanding dalam Kejohanan Dunia M5 yang berlangsung di Manila dari 2 Dis dan berakhir semalam.

Wakil Malaysia, Team SMG dan Homebois gagal melepasi peringkat kumpulan.

BERITA LAIN

Bintulu singkirkan ATM, mara ke separuh akhir

BINTULU: Juara bertahan Bintulu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 1-0 meskipun terikat seri tanpa jaringan pada

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier

BERITA TERBARU

Jangan tunggu sakit, amalkan gaya hidup aktif

ASAJAYA: Masyarakat digesa menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit yang semakin membimbangkan, termasuk dalam kalangan golongan muda. Timbalan Menteri