Malaysia komited untuk mempertingkatkan lagi persahabatan dan perhubungan dua hala bersama Australia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
nwar berkata, Malaysia dan Australia mempunyai hubungan yang erat, malah beliau dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese juga bertemu beberapa kali.
Ini termasuklah pertemuan di Jakarta, Indonesia dan kali terakhir ketika Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-30 di San Fransisco, Amerika Syarikat.



