ARTIKEL

Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu di Masjid Al-Aqsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk pencerobohan terbaharu ke atas Masjid Al-Aqsa  oleh Israel pada 18 Mei.

Menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra), dalam satu kenyataan, pencerobohan yang dirancang ke tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis memburukkan lagi keadaan. 

“Tindakan sedemikian merupakan provokasi jelas dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tapak suci yang dihormati.

“Masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya hanya menutup mata terhadap pelanggaran hak asasi manusia dan dasar apartheid yang berterusan oleh rejim Israel di wilayah Palestin yang diduduki,” menurut kenyataan itu.

Malaysia terus berpegang teguh dengan pendiriannya yang berprinsip bahawa rakyat Palestin berhak ke atas negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. – BERNAMA

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,