Malaysia mengutuk dengan keras tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Israel menyerang kem Kem Pelarian Jabalia, kem pelarian terbesar di Gaza.
Kejadian itu pada Rabu (1 November) membunuh beratus orang dan mencederakan lebih banyak lagi nyawa yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan oleh rejim yang telah lama melanggar dan mengabaikan undang-undang antarabangsa serta menolak banyak resolusi Majlis Keselamatan PBB, kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) pada lewat Jumaat.



