ARTIKEL

KOMITMEN... Fadillah ketika menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) di Vientiane, hari ini.

Malaysia, Laos mahu tingkatkan kerjasama dalam sektor tenaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

VIENTIANE: Usaha meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Laos dalam sektor tenaga terus dibincangkan sebagai menyokong inisiatif Grid Tenaga Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pagi ini
mengadakan mesyuarat bilateral bersama Menteri Tenaga dan Perlombongan Laos PDR selaku Pengerusi Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM), Phosay Sayasone di Pusat Konvensyen Kebangsaan NCC Laos.

“Antara lain kami membincangkan usaha ke arah meningkatkan jalinan kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor tenaga terutamanya dalam menyokong inisiatif Grid Tenaga ASEAN,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi.

Mengiringi beliau Timbalan Ketua Setiausaha PETRA (Tenaga) Datuk Mohamad Razif Abd Mubin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga (ST) Datuk Abdul Razib Dawood dan CEO Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan.

Terdahulu, Fadillah berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Jami Vientiane, masjid tertua di Laos.

Salah satu masjid terindah di Asia Tenggara ini terletak di jantung kota Vientiane dan tidak jauh dari Nam Phou.

Ia dibangunkan masyarakat muslim yang berasal dari India pada abad ke-19.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha