ARTIKEL

FB Saifuddin Nasution Ismail

Malaysia perkasakan teknologi AI tangani jenayah kompleks

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa Malaysia perlu beralih daripada pendekatan reaktif kepada keupayaan mengesan dan mencegah jenayah lebih awal bagi mendepani landskap jenayah kompleks seperti radikalisme, pemerdagangan manusia, dan jenayah siber.

Beliau menyatakan bahawa pertahanan negara perlu diperkasakan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menandingi jenayah yang semakin dipacu oleh teknologi tersebut, namun menekankan bahawa AI tidak boleh menggantikan pertimbangan manusia serta kedaulatan undang-undang.

Semasa menyampaikan Kenyataan Negara di Abu Dhabi, beliau memaklumkan bahawa Kementerian Dalam Negeri kini bergerak selari dengan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 bagi memastikan penggunaan teknologi tersebut secara bertanggungjawab dan inklusif.

Menurut Bernama, Malaysia turut memperkukuh kerjasama antarabangsa melalui Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Jenayah Siber dan menyokong Deklarasi Abu Dhabi untuk membina sistem keadilan yang lebih responsif serta berintegriti.

Dalam pertemuan dua hala bersama Menteri Dalam Negeri Bahrain, Jeneral Shaikh Rashid bin Abdulla Al Khalifa, Saifuddin membincangkan kerjasama keselamatan rentas negara serta penganjuran acara sukan permotoran sebagai medium mempererat hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Tambah Kekerapan Penerbangan dari Sibu

SIBU: Kerajaan Sarawak diminta untuk memperkukuh perkhidmatan penerbangan dari Sibu, khususnya laluan ke Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu apabila kumpulan kedua pesawat tiba untuk