ARTIKEL

Kredit: X@GobindSinghDeo

Malaysia perkukuh kerjasama AI di peringkat global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia komited memainkan peranan aktif dalam membentuk ekosistem kecerdasan buatan (AI) global yang lebih saksama, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata komitmen itu diperkukuh susulan lawatan rasmi Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia baru-baru ini yang memberi impak signifikan terhadap perjalanan pendigitalan negara.

Gobind menerusi hantaran di platform X berkata Malaysia berbesar hati menerima jemputan ke Sidang Kemuncak Impak AI India 2026, iaitu sidang kemuncak AI global pertama yang dianjurkan di Global South dan menyifatkannya sebagai platform bermakna untuk memajukan pembangunan AI yang inklusif dan bertanggungjawab.

Menurut laporan media antarabangsa, sidang kemuncak yang bermula pada 16 Feb di New Delhi itu menghimpunkan lebih 35,000 pemimpin global dari lebih 100 negara, termasuk tokoh utama dalam industri teknologi global.

Gobind berkata sidang kemuncak itu berteraskan tiga prinsip utama iaitu Manusia, Planet dan Kemajuan serta melangkaui kenyataan politik ke arah hasil nyata, rangka kerja kerjasama dan keputusan yang boleh diukur ketika jurang AI global semakin melebar.

“Misinya jelas untuk memastikan AI berkhidmat kepada kemanusiaan, memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, memupuk inovasi berteraskan rakyat dan melindungi planet kita,” katanya.

Gobind berkata beliau menantikan penglibatan bermakna pada sidang kemuncak itu serta membawa pulang pandangan berharga untuk memperkukuh agenda transformasi digital Malaysia.

Sidang kemuncak itu mempamerkan penyelesaian AI yang praktikal, teknologi dan pembangunan gunaan merentasi pelbagai sektor, termasuk industri, kewangan, penjagaan kesihatan dan keselamatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.