ARTIKEL

Bernama

Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita Kejohanan Trek Asia di India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad negara mempamerkan kayuhan bertenaga untuk merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi, malam tadi.

Trio lelaki – Muhammad Ridhwan Shahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Umar Hasbullah – yang turun selaku pemenang gangsa tahun lepas di Velodrome Nasional, Nilai, berjaya memperbaiki kedudukan ke tempat kedua dengan catatan 44.607 saat (s) di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Skuad negara tewas kepada juara bertahan, Jepun yang dibarisi oleh Yuta Obara, Kento Yamasaki dan Minato Nakaishi yang mempertahankan gelaran Asia dengan catatan 44.367s pada final, manakala China membawa pulang gangsa selepas menewaskan pasukan tuan rumah pada penentuan tempat ketiga.

Pasukan wanita yang terdiri daripada Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, Anis Amira Rosidi dan Nur Aliana Syafika Azizan mencatatkan 50.095s pada final, di belakang trio Zhou Fei, Tong Menggi, Wang Lijuan (48.178s), manakala Korea Selatan membawa pulang gangsa.

Sementara itu, atlet berbasikal para juga beraksi cemerlang untuk meraih emas acara pecut berpasukan campuran C1-5.

Trio negara Muhamad Yusof Hafizi, Zuhairie Ahmad Tarmizi dan Muhamad Hafiz Jamali (52.284s) berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Arshad Shaikh, Jalaluddin Ansari dan Basavarai Horaddi (1:02.661s) untuk muncul juara, manakala Arab Saudi meraih gangsa.

— BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri