ARTIKEL

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Sambut Baik Kesepakatan AS-Iran Hentikan Konflik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik kesepakatan yang dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran untuk menamatkan konflik, serta pengumuman bahawa satu memorandum persefahaman akan dimeterai dalam masa terdekat.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut memuji usaha pengantaraan yang menyumbang kepada perkembangan positif itu, khususnya yang dilakukan oleh Pakistan.

Anwar berkata pembukaan semula Selat Hormuz kepada aktiviti perkapalan antarabangsa ketika ini harus diberi keutamaan segera, dan menyifatkan ia sebagai urat nadi penting kepada keterjaminan bekalan tenaga global serta perdagangan.

“Konflik yang berpanjangan tidak akan memanfaatkan mana-mana pihak,” katanya sambil menggesa semua pihak agar bertindak dengan penuh keikhlasan, mempercepat tindakan dan menterjemah kesepakatan yang dicapai kepada penyelesaian damai yang berkekalan.

“Dalam situasi yang amat sensitif ini, semua pihak termasuk dari luar perlu mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan proses diplomasi atau mencetuskan semula konflik,” katanya.

Perdana Menteri turut menyeru komuniti antarabangsa agar terus mengekalkan momentum ke arah keamanan, dan menegaskan bahawa Malaysia bersedia menyokong segala usaha yang menjurus kepada penyelesaian yang adil serta berkekalan.

Pada Ahad lepas, Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa satu perjanjian dengan Iran telah dimuktamad dan beliau mengarahkan pembukaan semula Selat Hormuz serta menarik balik sekatan oleh tentera laut AS. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai