ARTIKEL

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

Malaysia Sasar Kedudukan 15 Teratas Indeks Perkhidmatan Awam Global – KSN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk melonjak ke kedudukan 15 teratas dalam Indeks Perkhidmatan Awam Antarabangsa setanding dengan negara maju seperti Korea Selatan, dalam usaha mentransformasikan jentera pentadbiran negara menjadi antara yang terbaik di dunia.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata sasaran itu ditetapkan bagi memastikan perkhidmatan awam negara bukan sahaja efisien tetapi juga diiktiraf pada peringkat global, selaras dengan agenda reformasi Kerajaan MADANI.

“Berdasarkan Indeks Blavatnik yang dikeluarkan oleh Oxford University, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-40. Saya telah beritahu Perdana Menteri, dalam tempoh saya memegang jawatan ini, saya akan cuba bawa Malaysia sekurang-kurangnya sama taraf dengan Korea Selatan pada nombor 15,” katanya dalam rancangan Bicara Naratif terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Shamsul Azri berkata untuk mencapai matlamat itu, memerlukan satu anjakan paradigma dalam kalangan penjawat awam, yang perlu sentiasa turun padang untuk memahami denyut nadi dan isi hati rakyat.

Bagi memacu agenda reformasi itu, beliau berkata Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang berfokuskan kepada lima teras utama telah dilancarkan merangkumi penghayatan nilai dan tatakelola, pembangunan modal insan, penyampaian perkhidmatan dan sinergi awam serta swasta. 

Beliau berkata sebagai bukti komitmen dan penghargaan kerajaan terhadap rakyat, program mega “Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku” akan dianjurkan di Putrajaya dari 5 hingga 7 Dis ini, sempena sambutan tiga tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Penganjuran program tahun ini menumpukan kepada tiga objektif utama, iaitu menilai dan mempamerkan kemajuan pelaksanaan ARPA dan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR), memperkukuh budaya prestasi, integriti dan empati dalam perkhidmatan awam serta mengukuhkan kolaborasi antara kerajaan, swasta dan rakyat melalui pendekatan keseluruhan negara.

“Perkataan ‘Bersama Malaysiaku’ ini menggambarkan bahawa ‘tiada orang yang akan dipinggirkan’. Ia merangkumi semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak kepada remaja, kepada golongan pekerja dan warga emas, semua termasuk dalam liputan kerajaan,” katanya. 

Serentak dengan itu, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam akan diadakan menampilkan lima sesi forum yang membincangkan isu-isu kritikal termasuk reformasi birokrasi dan hala tuju Kerajaan MADANI.

Shamsul Azri berkata inisiatif seperti konvensyen itu penting untuk memberikan pencerahan mengenai usaha pembaharuan yang sedang dijalankan bagi mencapai sasaran global berkenaan.- BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU