Malaysia merancang menarik lebih ramai pelajar dari India untuk mempromosi universitinya di luar negara.
Pada masa ini terdapat kira-kira 6,000 warga India menuntut di Malaysia, menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa pada Selasa semasa melancarkan program biasiswa oleh Binary University secara maya.
Dalam ucapannya, beliau berkata, skim biasiswa “My Binary International Grant-India” (MyBIG-India) akan menyediakan peluang kepada pelajar dari India untuk mengakses pendidikan berkualiti tinggi di Malaysia.



