ARTIKEL

Siti Zulaikha Azmi tewaskan Isabella Yan 21-10 21-10. | Foto: FB BAM

Malaysia tamat kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHENGDU, China: Malaysia menutup kempen Piala Uber 2024 dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone di sini hari ini.

Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.

Jin Wei kembali menyertai skuad kebangsaan menggantikan K. Letshanaa selepas direhatkan ketika Malaysia tewas 0-5 kepada naib juara 2018, Thailand.

Bagaimanapun, pasangan utama Australia yang juga beregu ranking ke-32 dunia, Setyana Mapasa-Angela Yu menyamakan kedudukan selepas mengatasi gandingan Teoh Mei Xing-Go Pei Kee, 21-15, 21-17 dalam tempoh 37 minit.

Pemain perseorangan kedua negara, Wong Ling Ching tidak berdepan masalah mengetepikan cabaran Sydney Tjonadi 21-16, 21-3 dalam masa 31 minit untuk meletakkan semula Malaysia di depan.
 
Beregu kedua negara, Ho Lo Ee-Tan Zhing Yi kemudian berjaya mengharungi ’rubber set’ untuk menundukkan pasangan Kaitlyn Ea-Gronya Somerville 21-12, 13-21, 21-10 bagi mengesahkan mata kemenangan skuad negara.

Siti Zulaikha Muhammad Azmi, yang membuat penampilan sulung, membalas kepercayaan diberikan pasukan kejurulatihan apabila menamatkan saingan Malaysia dengan mengatasi Isabella Yan 21-10, 21-10.

Meskipun mencatat kemenangan, Malaysia gagal layak ke suku akhir selepas tewas kepada Taiwan dan Thailand sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke suku akhir Piala Uber ialah pada edisi 2010. — BERNAMA

BERITA LAIN

Lariwoo Vet FC pertahan gelaran juara

SEBUYAU: Kehebatan pasukan Lariwoo Vet FC nyata sukar ditandingi apabila berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kampung Sebangan 2024, Piala Ahli

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli