ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan DUN Sarawak. Foto: Penerangan

SarawakPass catat 1.93 juta pengguna, akses lebih 300 perkhidmatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: SarawakPass kini mempunyai lebih 1.93 juta pengguna berdaftar dan menyediakan akses kepada lebih 300 perkhidmatan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SarawakPass berjaya diintegrasikan dengan identiti digital kebangsaan, MyDigital ID, pada Jun 2026.

Katanya, integrasi itu dilaksanakan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 28 November 2025.

“Rangkaian perkhidmatannya telah berkembang menerusi integrasi SSO dengan SEB Cares, Sarawak Water dan AirBorneo.

“Diterajui oleh Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU), SarawakPass akan terus menyediakan asas yang dipercayai untuk perkhidmatan terhubung dan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif, diperibadikan dan proaktif, termasuk bantuan tersasar,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau berkata, visi SarawakPass yang diperkenalkan pada 2023 ialah menjadi identiti digital yang dipercayai dan membolehkan rakyat Sarawak menggunakan kelayakan mereka merentasi perkhidmatan awam dan swasta.

Dalam perkembangan berkaitan, Abang Johari berkata, Sarawak turut diiktiraf sebagai antara lima negeri terbaik di Malaysia dalam penilaian pengurusan aduan awam bagi tahun 2025 yang dijalankan oleh Biro Pengaduan Awam Malaysia antara Mei dan Jun 2026.

Katanya, penilaian itu melibatkan 13 negeri di seluruh negara, termasuk Sarawak melalui sistem TALIKHIDMAT.

“Sarawak menerima tujuh penarafan berbeza, termasuk Kecekapan Respons Awam, Tadbir Urus Pengurusan Aduan, Komunikasi Awam Strategik dan Kecemerlangan dalam Inovasi Digital.

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh tadbir urus, kebertanggungjawaban dan keberkesanan keseluruhan pengurusan aduan awam, seterusnya meningkatkan keyakinan dan kepercayaan awam terhadap Kerajaan,” katanya.

KAPSYEN:

Pic 1: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada penggulungan perbahasan di DUN Sarawak. Foto: Penerangan

BERITA LAIN

BERITA TERBARU