ARTIKEL

Saifuddin berucap pada Majlis Santai Bersama Diaspora Malaysia di Singapura. - Foto BERNAMA

Malaysia,Singapura perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura akan terus memperkukuh kerjasama bagi membanteras jenayah rentas sempadan dengan menambah elemen jenayah siber selari dengan keperluan semasa.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata memorandum persefahaman diperbaharui itu akan ditandatangani dalam pertemuannya dengan Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura K. Shanmugam pada Khamis.

“Kita telah ada memorandum kerjasama rentas sempadan dengan Singapura. Selain mengekalkan elemen sedia ada, kita tambah elemen jenayah siber.

“Di peringkat ASEAN kerugian akibat jenayah siber adalah sebanyak US$64 bilion, di peringkat global jauh lebih tinggi,” katanya kepada Bernama pada Majlis Santai Bersama Diaspora Malaysia di Singapura, di sini.

Beliau berkata kerjasama dalam bidang ini penting kerana jenayah siber tidak boleh ditangani secara sendiri terutamanya membabitkan tiga komponen iaitu pembangunan kapasiti, perkongsian perisikan dan operasi bersama.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU