Maludam baharu lebih moden

MALUDAM: Kerajaan Sarawak mengambil alih pembinaan Jambatan Batang Lupar yang bakal mendekatkan jarak perjalanan antara Kuching dan Sibu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek itu diteruskan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan memudahkan kepada rakyat.

“Jambatan itu bakal mendekatkan jarak perjalanan selama dua jam dari Kuching ke Sibu,” katanya ketika berucap pada pecah tanah Projek Rakyat Skim Pembesaran Kampung Maludam Fasa 1 dan Masjid Kampung Baharu di sini semalam.

Menurutnya, walaupun sudah disediakan tiga feri di Pangkalan Feri Sebuyau Triso tetapi masa menunggu masih lama.

Abang Johari menambah, justeru masyarakat lebih gemar menggunakan jalan pesisir untuk menyingkatkan masa perjalanan.

“Ia bakal terlaksama dengan ada jambatan baharu yang turut melalui kawasan Bintulu seterusnya ke Miri.

“Meskipun memakan perbelanjaan besar tetapi jambatan itu bakal menjadikan Maludam sebagai penempatan lebih tersusun,” katanya.