ARTIKEL

TOPSHOT - Manchester City's players and staff celebrate with the trophy on the pitch after the English FA Cup final football match between Chelsea and Manchester City at Wembley stadium in London, on May 16, 2026. Manchester City won the game 1-0. The third FA Cup success of Guardiola's reign ended City's run of two successive defeats in the final. (Photo by Adrian Dennis / AFP) / NOT FOR MARKETING OR ADVERTISING USE / RESTRICTED TO EDITORIAL USE

Manchester City Raih Kejuaraan Piala FA, Jaringan Semenyo Tumbangkan Chelsea

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Manchester City terus mengekalkan harapan memburu ‘treble domestik’ selepas jaringan sensasi Antoine Semenyo pada separuh masa kedua mematahkan kebangkitan Chelsea untuk menghadiahkan kemenangan 1-0 kepada Manchester City dalam aksi final Piala FA di Wembley pada Sabtu, lapor PA Media/dpa.

Ia memerlukan detik improvisasi yang menakjubkan untuk memecahkan benteng Chelsea yang tampil dengan corak bertahan secara berdisiplin dan keazaman tinggi, namun akhirnya tewas 18 minit sebelum tamat perlawanan menerusi jaringan yang boleh dianggap terbaik dalam karier Semenyo setakat ini.

Dalam aksi penuh kecemerlangan yang menggabungkan kepantasan berfikir dan sentuhan kemas, Semenyo membiarkan bola melepasi di antara kedua-dua kakinya sebelum menyudahkan peluang itu menerusi sentuhan kaki kanan untuk menewaskan Robert Sanchez.

Chelsea berpeluang menghadiahkan detik bermakna buat pengurus interim Calum McFarlane sepanjang tempoh singkat beliau membimbing pasukan, terutama apabila tandukan Enzo Fernandez hanya sedikit tersasar.

Tumpuan Manchester City kini beralih kepada perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan ke Bournemouth pada Selasa.

Jika ini musim terakhir Pep Guardiola membimbing pasukan, beliau sekurang-kurangnya akan mengakhiri kariernya di Manchester City dengan dua trofi selepas memenangi Piala Liga di Wembley pada Mac lepas. — BERNAMA-PA MEDIA/dpa

BERITA LAIN

BERITA TERBARU